Tuesday, December 14, 2010

Puding Cendol

Maaf lah lama tak update blog ni . Al-maklum lah cuti-cuti sekolah bawak anak jalan-2 lah  Dapur pon cuti lah ye . Hihi . Tadi ada kawan minta tolong buat puding cendol untuk majlis meraikan sempena menyambut 10Muharram@hari ashura . Alang2 dah buat , update lah sekali blog . Tompang-tompang sekaki . Hihhi .

Ini lah hasil puuding cendol yang tak seberapa nak jadi . Kalau setakata nak makan tu boleh lah.

Bahan A
180gm gula
1 1/2 tbsp serbuk agar-agar atau agar-agar tali
500ml air
1/2 tsp garam halus

Bahan B
150ml susu segar(fullcream)
150ml santan pekat

Bahan C
500gm cendol


Lapisan Atas (lapisan gula merah)
200gm gula merah50gm gula biasa
1 1/2 sudu besar agar-agar powder
1/2 sudu teh garam
500ml air

Cara-cara
  1. campurkan Bahan A , masak sehingga mendidih
  2. masukkan Bahan B , kacau shingga mendidih dan tuangkan dalam loyang masukkan cendol
  3. Kacau bagi rata
  4. Tuang dalam loyang , sementara menunggu lapisan cendol keras , masakkan bahan-bahan lapisan atas tadi (lapisan gula merah) sehingga mendidih . Tapiskan
  5. cakar-cakarkan Bahan A tadi (lapis cendol) kemudian tuangkan lapisan gula merah
Nota : tbsp (sudu makan)
tsp (sudu teh)

Jangan silap sukat pulak .
Itu jeh , mudah kan ? Selamat mencuba . Huhhu .

No comments:

Post a Comment