Thursday, June 2, 2011

lala sweet sour


bahan-bahan
1bungkus lala
2senduk sedang cili kering yang di blend
2sudu sos tiram
2sudu besar sos cili
1btg serai diketuk
garam dan gula secukup rasa
4ulas bawang merah
2ulas bawang putih ditumbuk

cara-cara
  1. tumis bawang merah dan bawang putih
  2. masukkan cili kering, sos tiram dan sos cili kemudian kacau
  3. masukkan lala bila kering. (masukkan sedikit air jika hendak berjuah)
  4. masukkan serai yang diketuk dan sedia dihidang

ayam kampung masak lemak


bahan-bahan
2ekor ayam kampung sederhana besar
4btg serai
10ulas bawang merah (kecil)
2ulas bawang putih
sedikit lengkuas
sedikit halia, kunyit dan garam
4biji ubi kentang dibelah empat
25-30biji cili padi
2biji kelapa yang di perah
cara-cara
  1. potong ayam (ikut suka)
  2. blend cili padi, bawang, lengkuas, kunyit dan serai
  3. masukkan ayam dalam kuali bersama bahan-bahan yang diblend
  4. kecutkan ayam sehingga lembut dan bila air hampir kering masukkan santan pekat yang diperah
  5. masukkan kentang
  6. kuah tu kene kacau selalu supaya tidak pecah santannya.
  7. rasalah asam garam nya dan boleh diangkat.

Wednesday, June 1, 2011

moist chocolate cake


bahan-bahan
2cawan tepung gandum atau superfine
1tsp serbuk baking powder
1/2susu teh soda bicarbonat
1/2cawan serbuk koko
1tsp nescafe
1cawan air
1 1/2tsp esen vanilla
3/4cawan butter
1 1/2cawan gula
3biji telur


cara-cara
  1. pukul butter dengan gula hingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
  3. masukkan tepung setengah dahulu sambil dikacau selang-seli dengan koko hingga sebati dan habis tepung
  4. griskan acuan, bakar selama 35-40min hingga kek masak (ikut oven masing-masing)

puding caramel

bahan-bahan custard
1tin susu cair
1tin air
5biji telur
3/4cawan gula halus
1sudu teh esen vanilla

untuk caramel
1/2cawan gula
2sudu besar air

cara-cara
  1. masak gula pasir sehingga larut dan menjadi perang
  2. tambahkan air perlahan-lahan kedalamnya untuk melarutkan air gula
  3. tuangkan caramel panas ke dalam acuan supaya bawahnya bersadur dengan rata
  4. sejukkan sebentar
 penyediaan custard
  1. pukul telur dah gula sebentar sahaja, jangan kuat-kuat nanti puding akan berlobang
  2. masukkan susu dan esen vanilla dan kacau sehingga rata
  3. tuang adunan custard ke dalam acuan dan kukus selama 20-25min
  4. angkat dan sejukkan, kemudian hiaskan dengan fruit cocktail setengah tin.